Monday, February 13, 2012

Kaunseling


Definisi Kaunseling.  Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Objektif Kaunseling
  1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
  2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
  3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
  4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

Tujuan Kaunseling

1. Memberi Maklumat. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat . Mendapatkan   
      gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 

2. Menggalakkan Celik Akal. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan 
      persekitaran. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya


3. Memberi Sokongan. Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran 
      perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak) Membantu 
      mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 

5. Membuat keputusan. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk 
      membuat keputusan.  Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu 
      keputusan diambil. 

Aktiviti Kaunseling

PERKEMBANGAN. Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif

PENCEGAHAN. Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya

INTERVENSI. Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri

PEMULIHAN. Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
  1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
  2. Ketidakseimbangan emosi.
  3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
  4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
  5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
  6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
  7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
  8. Masalah peribadi dan keluarga.
  9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
  10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
  11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan
  1. Masalah Pencapaian Mutu Kerja
  2. Masalah Sikap
  3. Masalah Penyesuaian Diri
  4. Stress Di tempat Kerja
  5. Masalah Situasi 
Lima Prinsip Kaunseling Pekerja
  1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
  2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
  3. Jangan bertelagah atau berhujah.
  4. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
  5. Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi
  1. Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi
  2. Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
  3. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
  4. Memberi nasihat.
  5. Menyokong dan menenangkan pekerja.
  6. Menilai diri.
  7. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
  8. Memajukan diri. 

Pengenalan

Bimbingan dan Kaunseling
Dalam cabaran dunia global masa kini, manusia berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan yang mengganggu ketenteraman kehidupan seharian. Hanya individu mempunyai daya ketahanan diri yang kuat serta berkeupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi akan mampu mengatasi segala cabaran ini. Untuk mencapai tahap ketahanan ini kita amat memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri kita dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi bagi kegunaan diri untuk mencapai kehidupan sejahtera dan membantu mewujudkan komuniti yang aman dan tenteram. Melalui kursus ini anda akan diperkenalkan dengan topik-topik yang komprehensif secara teori dan praktikal bagi mempertingkatkan keupayaan mengenali dan mendekatkan diri anda dengan persekitaran yang dapat membawa anda kearah kesejahteraan hidup.